BBM



Snellen Chart
Carta Snellen merupakan carta mata (eye chart) yang digunakan oleh ahli professional dalam bidang penjagaan mata untuk mengukur akuiti (ketajaman) visual seseorang. Carta ini mengambil nama penciptanya iaitu seorang optamologis berbangsa Belanda yang bernama Herman Snellen yang mencipta carta tersebut pada tahun 1862. Simbol yang terdapat dalam carta disebut sebagai ‘optotaip’atau ‘optotypes’. Carta Snellen tradisi mengandungi 11 baris abjad yang dicetak dengan huruf besar. Abjad tersebut disusun mengikut saiz huruf yang berbeza iaitu daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Orang yang diuji daya penglihatan dikehendaki membaca abjad tersebut dari baris atas ke baris bawah dengan menggunakan mata yang berbeza. Baris huruf yang terkecil yang boleh dibaca dengan tepat menunjukkan akuiti visual seseorang.

RAF Ruler ni digunakan untuk mengukur keboleh upayaan mata kita untuk melihat dan memfokus objek atau figura yg kecil dan dekat. Walaupun alat ini nampak mudah, tetapi alat ini amat penting bagi optometrist mendiagnos pelbagai masalah penglihatan binokular terutama pada kanak2


Set Ujian Streopsis ini membantu optometrist untuk menilai penglihatan binokular mata individu. Ujian ini penting untuk mengesan fenomena supresi monokular di mana seseorang itu hanya menggunakan satu mata dalam melihat.

Ujian Warna ini digunakan untuk saringan ujian penglihatan warna. Dengan ujian ini optometrist boleh mengetahui status penglihatan warna individu tanpa mengetahui tahap atau keterukan masalah penglihatan warna individu terbabit. Ujian lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui tahap keterukan penglihatan warna individu terbababit


'Fundus Camera' ini adalah alatan berteknologi tinggi yg digunakan untuk memerhati bahagian belakang bola mata dimana terdapat salur2 darah serta saraf2 yg berkait rapat dengan pelbagai kondisi penyakit mata. Penyakit2 mata ini amat kronik dan pemantauan dengan menggunakan 'Fundus Camera' ini dapat menyediakan rekod untuk progres penyakit2 tertentu seperti 'Diebetic Retinophaty', 'Glaucoma', 'Central Retinal Vein Occlusion' dan sebagainya. Alat ini biasanya didatangkan sebagai 'attachment' kepada Lampu Slit Biomikroskopi ataupun sebagai satu alat khas untuk mengambil gambar fundus yg bentuknya sama dengan Autorefraktometer


Tonometer digunakan untuk mengukur tekanan didalam bebola mata kita.Tekanan ini dinilai untuk 
mengetahui nilai 'IntraOcular Pressure' (IOP) yg amat berkait rapat dengan penyakit glaucoma. Tonometer ini tedapat dalam bentuk 'attachment' kepada Lampu Slit Biomikroskopi ataupun sebagai alatan tunggal ygmenggunakan teknik tekanan angin (air-puff)

'Indirect Ophtalmoscopy'


Alat ini digunakan untuk memerhati bahagian fundus/retina untuk memantau progres penyakit2 yang berkaitan dengan salur darah serta saraf pada bahagian belakang bola mata. Berfungsi seperti 'Fundus Camera' tetapi hanya digunakan oleh oftalmologis dan optometrist tanpa penghasilan imej di skrin komputer dsb

'Direct Ophtalmoscope' juga digunakan untuk memerhati bahagian fundus dan bahagian kanta kristalin mata untuk. Fungsi nya sama dengan alat pemeriksaan fundus/retina yg diterangkan sebelum ini. Alatan ini hanya dapat memberikan medan pemeriksaan yg terhad kepada optometrist dan oftalmologis dalam memerhati kawasan fundus/retina pesakit. Hasil cerapan dapat dihasilkan dengan lebih baik melalui 'Fundus Camera' ataupun 'Indirect Ophtalmoscopy'. Walaupun begitu, alat ini masih digunakan secara meluas oleh optometrist2 di Malaysia disebabkan optometrist di sini adalah pakar dalam mendiagnos penyakit2 mata yang berkaitan dengan fundus.



Keratometer adalah antara alatan yg amat penting dalam praktis optometri masa kini. Keratometer digunakan untuk mengukur bacaan kelengkungan kornea individu. Dengan bacaan ini, optometrist boleh menentukan jenis kelengkungan kanta sentuh yang boleh dipreskripsi kan kepada individu terbabit. Langkah ini penting kerana kelengkungan kanta sentuh yang tidak 'ngam' dengan kelengkungan kornea dapat menyebabkan kerosakan kepada struktur kornea.

Lampu Slit ini digunakan untuk memantau keadaan fisiologi atau pun penyakit yang hadir pada struktur hadapan mata seperti kelopak mata. kornea, konjunktiva, iris dsb. Melalui teknik 'Lampu Slit Biomikroskopi', Sel2 pada bahagian depan bola mata dapat diperhatikan untuk menilai tahap kesihatan mata individu. Evaluasi struktur ini penting terutama bagi pemakaian kanta sentuh. Dengan pelbagai aksesori tambahan, lampu slit boleh diubahsuai untuk melakukan fungsi Tonometry, Funduscopy, Gonioscopy dan sebagainya.

Comments